Wednesday, September 29, 2010

Survival PAS di Terengganu...

"Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin melanjutkan lagi analisa perkembangan dan kedudukan PAS dalam peta politik Terengganu kerana saya cukup berminat dengan PAS terutama PAS Terengganu yang pada saya menampilkan gaya tersendiri di dalam mempertahankan survivalnya sejak zaman awal lagi, ia itu zaman bermulanya PAS keluar dari BN dan dihentam "left & right oleh UMNO".

Ketika itu saya melihat PAS hanyalah sebuah parti politik yang sama dengan UMNO hanya berminat untuk mendapat kuasa sahaja dengan mempengaruhi orang ramai.

Satu perkara yang tidak menyenangkan saya ketika itu ialah cara PAS mengutip derma semasa ceramahnya.Saya melihat perkara ini terlalu negatif dalam perjalanan sebuah parti politik.Tetapi persepsi ini mula berubah apabila saya, seorang yang dididik secara sekular, yang melihat setiap perkara berasaskan logik semata mata mula memahami Islam (terima kasih atas pengajaran tok guru) dan keperluan seorang hamba menginfadkan sesuatu untuk mendapat ganjaran pahala dari ALLAH.Saya mula tertarik dengan perjuangan PAS apabila melihat seorang demi seorang kawan kawan saya yang sekular mula menyertai PAS dan kelihatan tidak lokek untuk menginfadkan kewangan kepada parti.

Selepas berbicara dengan kawan yang aktif dalam kerja parti selepas PAS tewas di Terengganu, selepas ramai yang mula menjauhi diri dari parti, minat saya kepada PAS bertambah mendalam.

Sebelum ini saya ada berbicara dengan seorang ustaz(kini menjadi imam salah sebuah masjid kerajaan) dan ustaz itu menyatakan PAS sudah lari dari perjuangan asal setelah PAS diambilalih oleh arwah H.Yusof Rawa yang beliau dakwa cuba membawa pengaruh syiah kedalam PAS.Sebenarnya saya keliru dengan dakwaan ini kerana saya pernah membaca tulisan Pak Subky Latif satu ketika dulu di dalam Harakah yang mengatakan PAS ketika arwah Dato Asri hanya sebuah parti politik untuk orang orang Islam tetapi dasarnya tidak semestinya Islam dan dasar ini diubah kepada Islam ketika arwah Hj. Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan PAS dengan sokongan pemimpin utama hari ini.

Pertentangan pendapat ini boleh dilihat dengan jelas di Terengganu ketika zaman pemerintahan Wan Mokhtar.Ketika itulah lahirnya amanat Hadi, ketika itulah munculnya dua masjid di kariah yang sama, ketika itulah munculnya sembahyang dua imam di masjid yang sama, ketika itulah timbulnya pergaduhan antara adik beradik, ayah dan anak, sesama saudara mara kerana perbezaan parti politik.Saya mula faham kenapa semua ini berlaku.Di pihak PAS, mereka melihat UMNO tidak mengamalkan Islam dan menekankan kepada hukum sementara orang UMNO pula melihat PAS menyeleweng dari ajaran sebenar.Masing masing mendakwa mereka di pihak yang benar.

Tetapi kelebihan tetap menyebelahi UMNO kerana mereka ada surat khabar dan TV.Amanat Hadi disebar dengan meluas untuk menunjukkan PAS tidak betu ldan hari ini amanat Hadi ditimbulkan kembali untuk menunjukkan perkara yang sama.

Kesan dari perkembangan pertembungan PAS-UMNO dari zaman Wan Mokhtar masih dirasai sehingga hari ini.Pengasingan tempat bersolat masih kelihatan sehingga hari ini.Orang UMNO bersolat di masjid kerajaan sementara orang PAS masih membangunkan surau surau yang dikenali sebagai surau PAS untuk beribadat dan mengadakan majlis ilmu.Di setengah tempat yang ada masjid PAS, orang PAS tidak pergi kemasjid kerajaan untuk solat jumaat tetapi pergi ke masjid masjid PAS walaupun di tempat tempat yang jauh orang PAS masih pergi ke masjid kerajaan untuk solat jumaat.Ada juga kes orang orang PAS memilih masjid tertentu yang tidak diimamkan oleh imam UMNO.

Tren sebegini menampakkan pengaruh politik dalam aktiviti ibadat rakyat Terengganu dan ianya sering menjadi topik perbualan utama terutama oleh orang UMNO untuk mendapatkan sokongan pengundi atas pagar.Saya melihat perkara ini sebagai kelebihan UMNO dan merugikan PAS kerana ramai pengundi atas pagar percaya bahawa orang orang PAS tidak mahu bercampur selain puak puak mereka sahaja.Oleh itu saya bersetuju dengan saranan kawan saya bahawa PAS perlu melakukan tajdid kemasyarakatan sekiranya mahu mendapat sokongan pengundi atas pagar yang masih kelihatan seperti penyokong UMNO.

Untuk itu, kata kawan saya jemaah PAS Terengganu terutama pemimpinnya perlukan anjakan paradigma sekarang kalau ingin mengambil alih Terengganu dari golongan yang sedang bergaduh dan kalau tidak rakyat Terengganu mungkin tidak dapat ditolong lagi.RM300.00 mungkin sudah cukup untuk rakyat Terengganu untuk mengekalkan kerajaan yang ada dan PAS Terengganu mungkin dimalukan sekali lagi.

Pendeknya, perkara penting sekarang ialah strategi dan untuk mengaturkan strategi yang berkesan perlukan penyertaan ahli ahli jemaah secara ikhlas dan total.Kalau ahli jemaah masih tidur dan masih bertelagah sesama sendiri (macam UMNO) bersedialah untuk dimalukan dan diperli lagi.Itu kata kawan saya bukan kata saya.

Artikel sebelum ini
Survival PAS di Terengganu..............

Masterskill bina kampus RM31 juta di Kelantan

KOTA BHARU, 29 Sept: Masterskill Education Group Berhad telah meluluskan peruntukan pelaburan sebanyak RM31 juta bagi membina kampus baru di negeri ini.

Pelaburan itu bertujuan untuk menjayakan hasrat menjadikan kampus Kolej Masterskill di Kota Bharu sebagai kampus utama kawasan Pantai Timur.

Pengurus Masterskill Kota Bharu, Mohd Nazir Abdullah, berkata dianggarkan 6,000 orang pelajar dapat ditempatkan di kolej terbabit apabila ianya beroperasi sepenuhnya menjelang 2011.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian komputer riba kepada 400 orang pelajar Kolej Masterskill Kampus Kota Bharu, pagi tadi.

Menurutnya lagi, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan berkenaan yang terletak berhampiran Tesco kini sedang giat dijalankan.

“Jumlah pelaburan yang begitu besar membuktikan komitmen Masterskill sendiri untuk menjadikan Kelantan sebagai salah satu pusat perkembangan pendidikan tinggi di Semenanjung Malaysia selepas cawangan di Kota Kinabalu bagi kawasan Malaysia Timur,” ujarnya lagi.

Sementara itu, sebanyak RM10 juta dibelanjakan untuk pembiayaan pembelian komputer riba kepada para pelajar yang telah bermula sejak awal lagi.

“Objektif utama sumbangan ini untuk mereka bagi mendorong minat pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa bangga di atas tindakan yang diambil pihak Masterskill kepada pelajarnya.

Katanya, ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial Masterskill untuk para pelajarnya.

pastikan esok lebih cemerlang dari hari ini

sekelumit tenaga ku tabur bakti untuk mu Islam.....

Ceramah Nick aziz

Ceramah Akill Hayy